Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Cara Melihat “Password” WiFi Daripada Komputer

Cara Melihat “Password” WiFi Daripada Komputer

Diterbitkan September 10, 2017 oleh Tips Gajet

Jangan salah faham ya, Artikel kali ini bukan untuk mengajar anda mencuri “password” WiFi. Apa yang ingin kami kongsikan ialah cara-cara untuk melihat kembali kata kunci WiFi yang telah anda simpan pada PC ataupun laptop”. Maklumlah kadang-kadang kita terlupa di saat memerlukan kita berkongsi “password” WiFi bersama rakan-rakan.

Jangan risau, caranya sangat mudah dan ringkas. Ikuti sahaja langkah-langkah berikut.

Langkah 1

Buka menu Control Panel terlebih dahulu pada PC anda.

Cara Melihat “Password” WiFi Daripada Komputer

Langkah 2

Seterusnya cari dan buka menu Network and Internet.

Cara Melihat “Password” WiFi Daripada Komputer

Langkah 3

Paparan berikut akan muncul, apa yang perlu anda lakukan seterusnya, pilih menu Network and Sharing Centre.

Cara Melihat “Password” WiFi Daripada Komputer

Langkah 4

Seterusnya klik pada menu Manage wireless networks.

Cara Melihat “Password” WiFi Daripada Komputer

Langkah 5

Kemudian akan muncul paparan senarai WiFi yang pernah di sambungkan pada PC anda, pilih WiFi yang anda ingin tahu “password” nya.

Cara Melihat “Password” WiFi Daripada Komputer

Sebagai contoh di bawah, kami pilih WiFi “ferrari School”

Cara Melihat “Password” WiFi Daripada Komputer

Langkah 6

Klik pada Tab Security dan klik pada kotak Show Character. Seleaps itu “password” WiFi tersebut akan terus kelihatan. Selesai.

Cara Melihat “Password” WiFi Daripada Komputer

 

Itu sahaja sedikit perkongsian ilmu kali ini daripada kami. Semoga bermanfaat.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MITI Bakal Lancar Aplikasi Mudah Alih Sistem Saham Khas Bumiputera
  • 11 Pencipta Kandungan Wakili Malaysia Di TikTok Awards Southeast Asia 2026
  • Kebakaran Di Indonesia Bersamaan 18 Kali Ganda Saiz Bandar London
  • Syarikat Cip Korea Selatan Bangunkan Cip AI Rendah Haba Hingga Tidak Mencairkan Mentega
  • Skyro Kini Di Malaysia, Tawar Pinjaman Tunai Digital Sehingga RM1,000
  • 5 Perkara Menarik Yang Patut Anda Tahu Tentang Anthropic
  • (Ulasan) CMF Speaker M — Rupa Macam Kotak Susu, Bunyi Tak Mengecewakan
  • Pelajar UPM Kaji Potensi Sisa Kopi Untuk Teknologi Rawatan Kanser
©2026 WISER.MY