Pernahkah terfikir apa yang berlaku pada akaun Facebook anda setelah meninggal dunia?
Sebenarnya Facebook mempunyai ciri Kenalan Legasi (Legacy Contact). Ia bertujuan untuk mewariskan akaun anda kepada orang lain apabila anda sudah tiada lagi.
Melalui pewaris, mereka boleh:
- Menulis siaran yang dipinkan (pinned post) untuk profil anda seperti kongsi mesej akhir bagi pihak anda atau memberitahu atas pemergian anda
- Kemas kini gambar profil dan muka depan (cover photo)
- Memohon Facebook memadam akaun anda
- Muat turun salinan tentang perkara yang telah anda kongsi di Facebook (jika anda menghidupkan ciri ini)
Namun, pewaris tidak boleh:
- Log masuk akaun anda
- Baca mesej anda
- Mengalih keluar (remove) mana-mana rakan anda atau membuat permintaan menjadi rakan yang baharu
Oleh itu, ini adalah cara bagaimana untuk anda mengaktifkan Kenalan Legasi ini:
Pertama sekali, buka aplikasi Facebook, pergi ke menu (tiga garis), tekan Settings pada bahagian Settings & Privacy.
Kemudian, pada bahagian Account, tekan Personal and account information>Account ownership and control>Memorialisation settings.
Seterusnya klik Choose Legacy Contact. Setelah klik “Next”, anda perlu pilih mana-mana kenalan untuk dijadikan pewaris. Tidak kisah sama ada ahli keluarga atau rakan-rakan.
Apabila selesai, anda boleh menghantar mesej padanya untuk memberitahu bahawa beliau telah dipilih menjadi pewaris akaun Facebook anda.
Kenalan Legasi yang telah dipilih itu juga boleh diberikan akses (tekan Data Archive Permission) untuk memuat turun salinan tentang perkara yang telah anda kongsikan di Facebook, seperti yang telah dinyatakan di atas (melalui pewaris, mereka boleh..).
Tambahan lagi, anda turut boleh menukar Kenalan Legasi yang dipilih tadi dengan tekan “remove” dan pilih kenalan baharu.
Setiap individu akan merasai kematian dan ia tidak mengenal usia dan masa. Jadi, disarankan anda untuk membuat tetapan ini sekiranya masih belum berbuat demikian.