Cara Melakukan Tetapan Kad Kredit Pada Pelayar Chrome

Kepada anda yang gemar memebeli belah secara atas talian menggunakan kad kredit atau debit, berikut kami kongsikan cara untuk menghubungkan kad kredit dengan pelayar chrome untuk memudahkan proses pembayaran atas talian.

Pertama sekali buka aplikasi Chrome pada PC, kemudian masuk ke laman berikut

https://pay.google.com/

Pastikan anda telah log masuk ke akaun Google terlebih dahulu. Di paparan berikut klik pada  menu Add payment method



Seterusnya pada menu berikut, masukkan butiran kad kredit anda disusuli dengan menekan tombol Save.



Untuk memastikan fungsi ini dihidupkan, pastikan tombol berikut diaktifkan pada ruangan Setting pelayar, selesai.



Maka dengan itu adan tidak perlu lagi memasukkan data kad tiap kali ini melakukan pembayaran atas talian.

 

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.

 

Berkaitan