Cara Masukkan Nombor Pecahan Dan Simbol-Simbol Lain Dalam Microsoft Word

Antara perisian Office yang popular digunakan tidak kira pekerja syarikat, pendidik ataupun pelajar adalah Microsoft Word.

Kadangkala tugasan seperti menyiapkan laporan dan lain-lain perkara memerlukan penggunaan simbol atau karakter tertentu. Contohnya seperti dibawah:



Kepada anda yang masih belum tahu cara memasukkan input sebegini, caranya sangat mudah.

  • Pergi ke paparan menu bahagian atas dan pilih Insert




  • Setelah itu, dihujung paparan menu akan muncul pilihan Equation dan Symbol.




  • Untuk masukkan pecahan atau segala formula berkaitan dengan matematik boleh pilih Equation.




  • Bagi yang mahukan simbol untuk Copyright Trademark dan lain-lain,boleh pilih menu Symbol.




Simbol seperti Copyright, Trademark dan Registered Trademark boleh juga dimasukkan secara pintasan papan kekunci.

  • Untuk masukkan simbol Copyright - tekan Ctrl+Alt+C

  • Untuk masukkan simbol Trademark - tekan Ctrl+Alt+T

  • Untuk masukkan simbol Registered Trademark - tekan Ctrl+Alt+R


 

Berkaitan