Cara Masukkan Kalendar Cuti Dalam Peranti iPhone

Sebagai pengguna telefon pintar, sudah semestinya aplikasi kalendar yang tersedia menjadi satu kepentingan dalam kehidupan seharian. Sama ada ia berfungsi untuk menyemak tarikh, hari atau menguruskan jadual seharian. Dengan jadual yang ada, pengurusan jadual akan menjadi mudah dan lebih teratur.

Artikel kali ini, kami ingin kongsikan bagaimana untuk memasukkan kalendar cuti-cuti di Malaysia. Langkah ini hanya perlu dilakukan sekali sahaja dan untuk tahun-tahun yang berikutnya sudah tidak perlu dilakukan.

Langkah di bawah ini disediakan berdasarkan iOS 13.3. Kemungkinan mempunyai sedikit perbezaan bagi iOS sebelumnya.

download calendar new

 

download calendar new

 

  1. Pertama sekali anda perlu membuka Tetapan (Settings).

  2. Klik pada Password & Accounts

  3. Klik Add Account

  4. Kemudian, klik Other

  5. Seterusnya, klik Add Subscribed Calendar

  6. Akhir sekali, masukkan pautan ini di bahagian server https://www.officeholidays.com/ics/malaysia


Berharap tips ini dapat membantu dalam menguruskan jadual seharian anda.

 

 

Berkaitan