Contoh terbaik yang kita boleh kaitkan ialah Google Search.
Sehinggakan hampir semua perkara kita menggunakan Google Search untuk mencari maklumat dan terciptalah terma "Google je bro".
Dengan lambakan maklumat yang terdapat di laman sesawang, mungkin cara kita mencari masih lagi secara terus mengakibatkan apa yang dicari kurang tepat dengan apa yang kita hendakkan.
Di sini terdapat beberapa langkah-langkah bagi menyenangkan mereka menggunakannya yang mungkin selama ini kita tidak tahu atau terlepas pandang.
- Tambahkan 'atau'
Kadang-kala kita tidak dapat mengingati dengan tepat nama maklumat yang hendak dicari. Untuk mencari setiap kemungkinan, tambahkan 'atau' atau tanda | di antara 2 perkataan dan enjin carian akan mencari bagi kedua-dua perkataan itu.
- Pencarian spesifik di laman sesawang
Untuk mereka yang hendak mencari sesuatu di laman sesawang yang sudah diketahui, tips di atas boleh membantu.
Dengan menaip alamat laman sesawang tersebut dan disertai dengan perkataan yang ingin dicari, hasil carian google akan memaparkan semua yang berkaitan dengan perkataan yang dicari di lawan sesawang tersebut.
- Sesetengah perkataan yang hilang
Jika anda terlupa sesetengah perkataan di dalam satu ayat, kaedah ini sesuai digunakan.
Gantikan perkataan yang hilang dengan perkataan 'AROUND' diikuti dengan tanda ().
Didalam kurungan letakkan nombor perkataan yang mungkin ada dalam ayat tersebut.
- Pencarian untuk tempoh masa
Untuk mereka yang mencari sesuatu yang melibatkan satu tempoh masa, hanya taip apa yang anda mahu diikuti tahun bermula dan letakkan '...' sebelum tahun berakhir.
Jika perkataan anda itu ada di dalam tajuk atau url, hanya perlu menaip 'intittle' atau 'inurl'.
Berkaitan
- Kamera Google Pixel Mungkin Dapat Ciri Terbaru Ini
- Aplikasi Google Trip Boleh Menjadi Peneman Perjalanan Anda
- Google Tango Memastikan Anda Tidak Lagi Sesat
- 10 Tips Mengambil Gambar Menggunakan Peranti Android
- Ini Mungkin Spesifikasi Penuh Google Pixel 6 Dan Pixel 6 Pro
- Penggodam Warga Negara Britain Ditahan Selepas Melancarkan Serangan DDoS Terhadap Google dan Skype
- Hukuman Terbaru Google Terhadap Aplikasi Yang Tidak Dibina Dengan Baik Di Play Store
- Gunakan Telefon Pintar Anda Sebagai Alat Kawalan Jauh Melalui Google Slides
- Google Chrome incognito Memang Sulit, Tetapi Bos Anda Masih Boleh Melihatnya
- Pekerja Google Wujudkan Aplikasi Untuk Belajar Pengekodan