Cara Kurangkan Iklan Pop-up Pada Peranti iOS

Kehadiran iklan pop-up yang terlalu banyak pada peranti boleh menimbulkan perasaan menjengkelkan. Bukan hanya itu, ada juga iklan yang dikhuatiri mengandungi perisian hasad. Ia seterusnya boleh mengumpan pengguna untuk memberikan maklumat peribadi dan sebagainya.

Oleh itu, di bawah ini kami sediakan beberapa cara yang boleh anda lakukan untuk mengurangkan iklan dalam peranti iOS.

Pop-up di Safari


Pop-up boleh menjadi sebuah iklan, pemberitahuan, tawaran, atau peringatan yang terbuka di pelayar, tetingkap atau tab lain. Ada antara pop-up yang merupakan iklan pihak ketiga dimana ia menggunakan taktik pancingan data (phishing) seperti amaran atau hadiah dan sebagainya.

Di bawah ini adalah tips tambahan yang boleh membantu anda untuk menguruskan pop-up di pelayar Safari.

iklan pada ios

Pergi ke Settings > Safari dan di bahagian General, aktifkan Block Pop-ups. Seterusnya, tatal ke bawah dan aktifkan Fraudulent Website Warning pada bahagian Privacy & Security.

Limit Ad Tracking


Dengan mengaktifkan Limit Ad Tracking, iklan tidak disekat sepenuhnya. Bagaimanapun, ia dapat mengurangkan iklan yang berdasarkan minat anda pada App Store dan Apple News.

iklan pada ios

Untuk mengaktifkan fungsi ini, hanya perlu ke Setting > Privacy > Advertising. Setelah itu, aktifkan Limit Ad Tracking.

Hentikan iklan yang berdasarkan lokasi


Iklan berdasarkan lokasi menggunakan Location Services untuk menyampaikan iklan yang disesuaikan dengan lokasi anda berada. Namun, anda boleh memilih untuk mematikan iklan ini jika diperlukan.



Pergi ke Settings > Privacy > Location Services > System Services. Kemudian, nyahaktifkan Location-Based Apple Ads.

Bagi anda yang ingin menyekat iklan pop-up pada peranti Android, ikuti beberapa langkah yang boleh dilakukan melalui pautan ini.

Sumber: Apple