Instagram telah banyak mengubah cara pengguna di Malaysia berkongsikan gambar-gambar kenangan sejak ia bermula tahun 2010 dulu. Pastinya di rata-rata feed Instagram kini telah dibanjiri dengan perkongsian kolaj atau kompilasi grid gambar recap sepanjang tahun yang lebih dikenali sebagai “Best Nine”.

IKLAN

Anda mungkin tertanya-tanya bagaimana cara untuk membuatnya sendiri, bukan? Terdapat beberapa laman web yang akan membantu anda untuk membuat kolaj tersebut jika anda memasukkan nama pengguna Instagram, dan “Top Nine” nampaknya dikatakan lebih cepat daripada pesaingnya yang lain.

Sebelum itu, untuk pengetahuan anda, di Malaysia, Top Nine hanya tersedia di dalam bentuk aplikasi yang ada di telefon pintar. Anda boleh memuat turun aplikasi ini sama ada di App Store mahupun Google Play.

Ikuti langkah mudah ini untuk menghasilkan Best Nine anda:

IKLAN
  • Pertama sekali, anda perlu memasukkan nama pengguna.

  • Top Nine akan menghantar himpunan gambar terbaik anda di ruang emel, jadi jangan lupa untuk masukkan nama emel anda yang sah.

IKLAN
  • Dalam beberapa saat sahaja, gambar anda kini sudah tersedia. Sekarang anda boleh kongsikan bersama rakan-rakan di Instagram.

Di Top Nine juga, selain daripada menghasilkan kolaj dari 9 buah gambar terbaik, anda juga boleh memilih untuk menjadikan ia ke dalam bentuk video. Anda akan diberi empat pilihan susun atur.

Menariknya lagi, kompilasi gambar tersebut turut disertakan dengan statistik seperti, jumlah like dan juga jumlah purata like untuk setiap gambar.

Sumber: Top Nine