Cara Kenalpasti Aplikasi Yang Mengakses Kamera PC

Kepada anda yang risau akan privasi dicerobohi oleh pihak ketiga ataupun peranti kamera pada PC telah diakses oleh perisian tanpa kebenaran, berikut kami kogsikan cara untuk menyemak aplikasi yang telah ataupun sedang mengkases kepada peranti kamera anda.

Pertama sekali masuk ke Setting > Privacy > Camera



Skrol ke bawah ke senarai aplikasi yang dibenarkan akses kepada Kamera. Sekiranya terdapat aplikasi yang sedang menggnakannya, anda akan lihat penyataan seperti berikut.



Sekiranya terdapat penyataan "last accessed" bermakna aplikasi tersebut pernah mengakses kamera PC sebelum ini.



Bagi anda yang berasa ragu - ragu akan fungsi kamera diakses tanpa kebenaran, boleh sahaja  matikan fungsinya dengan menggunkan tombol berikut.



Untuk makluman anda, paparan seperti ini hanya tersedia oleh WIndows 10 dengan kemaskini terkini sahaja.

 

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.

Berkaitan