Cara Kembalikan Paparan Penuh Panggilan Masuk Pada iPhone

Kepada anda yang memiliki peranti iPhone terkini dengan iOS 14, paparan panggilan masuk bersaiz kecil pada bahagian atas layar peranti mungkin boleh menimbulkan perasaan jengkel bagi sesetengah penggunanya.



Berikut kami kongsikan cara untuk mengambalikan paparan layar penuh untuk panggilan yang masuk. Pertama sekali pada bahagian Setting pilih menu Phone.



Seterusnya pilih menu Incoming Calls.



Tukar tetapan berikut kepada Full Screen.



Dengan itu setiap kali panggilan masuk paparan penuh akan muncul seperti yang tedapat pada iOS yang sebelum ini.



Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.

 

Berkaitan