Cara Kembalikan Nama Pengirim Dan Previu Whatsapp Pada Lock Screen iPhone Anda

Baru-baru ini telah tersedia satu kemaskini baru bagi aplikasi Whatsapp bagi peranti Android dan iOS. Bagaimanapun, selepas memuat turun kemaskini berkenaan, terdapat beberapa rungutan daripada pengguna iPhone berkenaan nama pengirim dan previe mesej tidak lagi dapat dilihat pada pusat notifikasi di lock screen peranti mereka.



Namun, anda tidak perlu risau kerana penyelesaian bagi masalah itu adalah amat mudah. Anda hanya perlu mengikuti langkah-langkah berikut :

1.Buka aplikasi Whatsapp > Tetapan > Aktifkan 'Show Preview'



2. Untuk tunjukkan nama pengirim sahaja tanpa previu mesej, pergi ke Tetapan Peranti > Whatsapp > Notifications > Show Preview > Never



3. Untuk tunjukkan nama pengirim sahaja tanpa previu mesej, pergi ke Tetapan Peranti > Whatsapp > Notifications > Show Preview > Always (Default) @ When Unlocked



Langkah penyelesaian ini disediakan oleh akaun Twitter @myjoe_ . Selamat mencuba !

Sumber

Berkaitan