Cara Hilangkan "Smiley" Pada Gambar

Kepada anda yang ingin menghilangkan emoji atau Smiley  yang terdapat pada gambar dan menukarkannya kepada latar belakang asal, berikut kami kongsikan caranya.

Ianya sangat mudah dilakukan tanpa memerlukan kemahiran yang mendalam dalam aplikasi Photoshop. Ikuti sahaja langkah mudah ini.

Pertama sekali, masuk ke laman sesawang berikut

https://online.theinpaint.com/

Kemudian klik pada tombol Upload image, untuk memasukkan gambar yang ingin diubah.



Seterusnya klik pada ikon pemadam pada panel sebelah kiri paparan.



"Sapukan" pemadam tersebut apda imej smiley yang mengganggu gambar tersebut. Jangan risau sekiranya kesan pemadam tersebut terkena pada bahagian gambar yang lain, kerana ianya akan dikesan secara otomatik oleh aplikasi tersebut.

Akhir sekali, klik pda tombol Erase.



"Tool" tersebut akan menggantikan emoji yang dbuang kepada imej latar belakang gambar, selesai.



Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.

Berkaitan