Cara Hentikan Chrome Daripada "Log In" Secara Otomatik

Pada kebiasaannya, Chrome akan bertindak dengan log masuk secara otomatik sekiranya anda menggunakan akaun Gmail pada pelayar. Bagi sesetengah pengguna, ianya agak menjengkelkan kerana sejarah pelayaran laman sesawang akan muncul bersama dengan akaun tersebut pada pelayar yang di log masuk.

Berikut kami kongsikan cara untuk menyahaktifkan fungsi tersebut pada pelayar Chrome.

Pertama sekali masuk ke menu Setting pada Chrome dan skrol kebawah untuk memasuki menu Advanced



Seterusnya cari menu berikut, kemudian nyahaktifkan fungsinya.



Kemudian klik pada menu Relaunch untuk mengemaskini tetapan terbaru yang anda lakukan pada pelayar, selesai.



Maka dengan itu setiap kali anda log masuk ke akaun Gmail ianya tidak akan didaftarkan sekali pada pelayar.

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.

Berkaitan