Cara Hasilkan 'Sticker' Animasi Pada Aplikasi WhatsApp

WhatsApp kini telah mula melepaskan ciri baharu untuk peranti Android dan iOS, di mana ia membolehkan animated sticker atau pelekat animasi diimport ke aplikasi itu.

Jika sebelum ini telah kami sediakan cara untuk menghasilkan pelekat sendiri di WhatsApp, berikut kami sediakan pula beberapa langkah untuk menghasilkan pek pelekat animasi sendiri untuk aplikasi WhatsApp.

Dapatkan pelekat animasi


Sebelum menghasilkan pek pelekat animasi sendiri, anda perlu memuat turun pelekat animasi terlebih dahulu. Berikut adalah dua cara yang kami sediakan untuk memuat turun pelekat animasi.

1. Buat carian di Google Search dan simpan di galeri telefon anda. Untuk lebih mudah, anda boleh menyertakan ".gif" di hujung carian. Sebagai contoh, kami membuat carian "happy .GIF" untuk mendapatkan pelekat animasi yang bersesuaian.

2. Untuk pilihan kedua, anda boleh memuat turun aplikasi GIPHY di Google Play Store atau App Store. Log masuk, pilih atau cari pelekat animasi yang bersesuaian. Kemudian tekan tiga titik dan pilih "Save to Camera Roll". Ulang langkah yang sama untuk memuat turun beberapa pelekat animasi yang lain.

animated sticker WhatsApp

Hasilkan pek pelekat animasi di WhatsApp


Setelah anda selesai memuat turun semua pelekat animasi yang diperlukan, ikut langkah di bawah untuk menghasilkan pek pelekat animasi dan mengimport ke aplikasi WhatsApp.

1. Bagi anda yang belum mempunyai Sticker Maker, muat turun aplikasi ini melalui App Store atau Google Play Store.

2. Buka aplikasi dan pergi ke "Create a new sticker pack". Letakkan nama pek pelekat dan pencipta. Sebagai contoh, kami menamakan pek pelekat animasi sebagai WiserMY Animated dan dihasilkan oleh Wiser. Setelah itu, tekan pada "Create".



3. Pilih pelekat animasi yang sudah dimuat turun sebelumnya. Caranya adalah dengan tekan pada mana-mana ruangan kosong dengan minimum 3 dan maksimum 30 pelekat animasi bagi satu pek pelekat animasi. Pilih imej yang telah dimuat turun melalui Camera, Gallery, File dan sebagainya. Kemudian tekan "Choose" dan pelekat animasi akan dihasilkan.

animated sticker WhatsApp

Ulang langkah yang sama untuk memasukkan pelekat animasi yang sudah dimuat turun dalam pek tersebut sehingga selesai.

3. Setelah itu, tekan pada "Add to WhatsApp", tunggu dan kemudian pilih "Save" untuk menyimpan pelekat animasi tersebut.

animated sticker WhatsApp

Selesai. Anda kini boleh menggunakan pek pelekat animasi yang sudah diimport di aplikasi WhatsApp.

animated sticker WhatsApp

Itu sahaja tips pada kali ini.

Tinggalkan komen jika ada sebarang pertanyaan berhubung tips ini atau tips yang lain.

{suggest}