Cara Hasilkan Pelekat Sendiri Di Aplikasi WhatsApp

Sejak diperkenalkan beberapa tahun lepas, ruangan perbualan di aplikasi WhatsApp menjadi lebih ceria dengan penggunaan pelekat yang pelbagai.

Namun, jika pelekat-pelekat yang disediakan tidak cukup, anda juga boleh mencipta pelekat dengan wajah sendiri, ahli keluarga mahupun kenalan yang lain.

Bagi anda yang belum tahu, di bawah ini kami sediakan beberapa langkah mudah untuk menghasilkan pelekat sendiri di aplikasi WhatsApp.

Hasilkan pelekat sendiri di WhatsApp


Sebagai langkah pertama, anda perlu memuat turun aplikasi Sticker Maker di Google Play Store atau App Store terlebih dahulu.

Setelah itu, buka aplikasi tersebut dan tekan pada "Create a new sticker pack". Letakkan nama pek pelekat dan pencipta. Sebagai contoh, kami menamakan pek pelekat sebagai WiserMY dan dihasilkan oleh Wiser.



Kemudian, tetapkan "Tray icon" dan pilih gambar yang diinginkan untuk mula menghasilkan pelekat.

cara buat pelekat di WhatsApp

Di langkah seterusnya, anda boleh mula memotong pelekat dengan cara memilih salah satu daripada lima pilihan yang ada. Untuk lebih mudah, anda boleh pilih sahaja "Smart Select" dan tambah teks atau outline jika diperlukan. Setelah selesai, tekan "Save Sticker" untuk menyimpan pelekat tersebut.



Ulang langkah yang sama seperti di atas dan setelah selesai menambah gambar dan menyunting semua pelekat, pilih "Add to WhatsApp" dan tekan "Save".

cara buat pelekat di WhatsApp

Kini, pelekat tersebut sudah boleh digunakan pada setiap perbualan di aplikasi WhatsApp.



Itu sahaja tips pada kali ini. Semoga bermanfaat.