Cara Hapuskan "Background" Gambar Menggunakan Microsoft Words

Tanpa memerlukan sebarang aplikasi tambahan yang lain, fungsi untuk menghapuskan latar belakang pada gambar sudah tersedia pada perisian Microsoft words. Ikuti sahaja langkah berikut.

Pertama sekali, jalankan perisisan Words dan masukkan gambar yang ingin diubah.



Kemudian klik pada gambar tersebut dan pilih menu Remove Background.



Words akan cuba mengesan latar belakang yang ingin dibuang.



Sekiranya masih terdapat bahagian yang tidak dikesan sebagai latar belakang ataupun sebaliknya, klik sahaja pada menu berikut.

Menu Mark area to keep untuk mengekalkan bahagian yang diinginkan.







Sterusnya Mark areas to remeove untuk membuang sisa gambar yang tidak dikesan sebagai latar belakang.



Setelah semuanya selesai, klik sahaja pada ikon berikut.



Maka dengan itu kesemua latar belakang akan 100% dibuang.



Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.

 

Berkaitan