Cara Hantar Mesej Telegram Mengikut Jadual

Rata-rata ramai pengguna media sosial sudah maklum akan aplikasi Telegram jauh lebih baik berbanding aplikasi WhatsApp. Banyak ciri-ciri yang ada disediakan di Telegram tapi tidak ada pada WhatsApp. Baru-baru ini Telegram mewujudkan dua ciri yang baru iaitu Schedule Messages dan Saved Messages.

  • Schedule Messages


Melalui ciri Schedule Messages, pengguna dapat menjadualkan mesej yang hendak dihantar kepada penerima mesej pada tarikh dan waktu yang berlainan. Kelebihan ciri ini adalah pengguna dapat set peringatan seperti mesyuarat bulanan, penghantaran kertas cadangan dan sebagainya.

Langkah-langkah untuk membuat Schedule Messages di Telegram adalah seperti berikut :



Pertama sekali pengguna mestilah menaip apa yang hendak disampaikan kepada penerima dan tekan lama butang hantar yang bewarna biru sehingga butang pilihan antara send without sound dan schedule message keluar.



Kemudian, pengguna perlu tekan pada butang schedule message.



Pengguna bebas untuk memilih tarikh dan masa yang hendak ditetapkan dan akhir sekali tekan pada butang send.

 

  • Saved Messages


Saved Messages lebih kepada peringatan untuk diri sendiri. Pengguna boleh set perkara-perkara yang penting untuk diri sendiri pada tarikh dan waktu yang dikehendaki. Langkah-langkah untuk membuat Saved Messages di Telegram adalah seperti berikut :



Pertama sekali, pengguna pergi ke setting dan tekan kepada saved messages.



Kemudian, pengguna perlu menaip perkara yang hendak diingati buat diri sendiri dan tekan kepada butang send yang bewarna biru dalam tempoh 3 saat sehingga butang set a reminder keluar.



Selepas itu, pengguna perlulah tekan pada butang set a reminder sehingga keluar pilihan tarikh dan masa.



Di sini pengguna bebas untuk memilih tarikh dan masa yang dikehendaki sebagai peringatan.



Akhir sekali, peringatan akan keluar pada notifikasi telefon pintar pengguna dengan tarikh dan masa yang telah ditetapkan.

Berkaitan