Cara Guna Grab Untuk Servis Rumah Anda

Baru-baru ini Grab membuat satu lagi penambahan di dalam aplikasi mereka iaitu Clean & Fix. Clean & Fix adalah salah satu perkhidmatan membersih, mencuci, bertukang, membaiki dan banyak lagi untuk pengguna aplikasi mereka. Grab juga bekerjasama dengan Kaodim bagi servis perkhidmatan ini.



Untuk mula menggunakannya, pengguna perlu buka aplikasi Grab dan klik pada ikon Clean & Fix. Kemudian perlu memilih servis apa yang dikehendaki. Servis yang disediakan adalah servis penghawa dingin, membersihkan rumah, memindahkan barang ke destinasi yang lain, membaiki paip dan sebagainya. Seterusnya, pengguna perlu memasukkan alamat rumah dan boleh klik pada butang hijau yang bertulis Let's Get Started. 



Contoh pada gambar di atas adalah bagi servis membersihkan rumah. Akan ada beberapa soalan yang perlu pengguna jawab bagi memudahkan kerja pembaiki untuk mengetahui masalah apa yang dihadapi oleh pengguna. Seterusnya pengguna perlu memilih tarikh yang sesuai dan akhir sekali pengguna boleh menyemak semula butiran dan membuat permintaan.

Buat masa ini perkhidmatan ini hanya boleh didapati di kawasan Lembah Klang dan Penang sahaja. Walau bagaimanapun mungkin Grab akan mengembangkan ke kawasan lain pada masa akan datang.

Berkaitan