Cara Gantikan Arahan Suara Waze Dengan Suara Sendiri

Aplikasi navigasi Waze sedia menawarkan tunjuk arah jalan disamping arahan suara, memudahkan kita menuju ke destinasi yang diingini. Tapi, mungkin anda sudah bosan mendengar suara orang lain memberi arahan belok kiri, belok kanan, anda boleh gantikannya dengan suara sendiri.

Untuk gunakan arahan suara sendiri, anda boleh ikuti langkah bergambar dibawah.

1. Buka aplikasi Waze dan tekan simbol pembesar suara



 

2. Pilih Waze Voice



 

3. Di bawah menu Voice Recorder, tekan Record New Voice



4. Tekan pada frasa yang tersenarai dan mula rekodkan suara merdu anda.



5. Setelah selesai, tekan butang Done pada penjuru atas kanan dan letakkan nama bagi arahan suara tersebut.

Waze menyenaraikan 39 frasa berbeza untuk anda rekod menggunakan suara sendiri dan pastikan setiap sebutan tersebut jelas dan tidak menyusahkan anda ketika memandu.