Cara Efektif Cari Gambar Tanpa Latar Belakang "PNG" Pada Google Image

Mencari gambar tanpa latar belakang adakalanya merupakan satu pengembaraan panjang disebabkan sering tertipu dengan gambar biasa "JPEG" yang berkotak-kotak dibelakangnya.

Oleh itu, kami akan berkongsi cara yang paling efektif untuk mencari gambar "PNG" yang dapat jimatkan masa anda.

Carian


Terlebih dahulu, cari gambar yang dimahukan dalam enjin carian Google. Sebagai contoh, kami mencari gambar "Red Apple".

Kapsyen: Carian "red apple" di Google Image.

Tetapan "Transparent" Pada Tools


Kemudiannya, pergi ke bahagian Tools bersebelahan menu Settings di bawah ikon kanta pembesar.

Klik pada "Color" dan pilih "Transparent".

Kapsyen: Tetapan Transparent di bawah pilihan Color.


Kemudiannya, gambar akan dikemaskini semula. Kali ini, ia akan memaparkan gambar 'transparent' sahaja bermakna ia tiada lagi latar belakang.

Muat Turun


Untuk menyimpannya ke dalam komputer atau pun telefon, klik pada gambar yang dimahukan. Kemudiannya, klik kanan dan pilih "Save image as...".

Kapsyen: "Save image as..." untuk muat turun gambar.


Selamat mencuba!

Kapsyen: Gambar tanpa latar belakang jenis PNG.