Cara 'Edit' Mesej Yang Telah Dihantar Di Telegram

Setiap perbuatan yang kita lakukan, tidak boleh mengundurkan masa untuk memperbaikinya.

Namun, tidak pada Telegram kerana kita mampu mengubah setiap kata-kata atau mesej yang telah dihantar kepada rakan mahupun kumpulan perbualan.

Ada kalanya yang kita menghantar satu mesej panjang dan setelah dihantar, baru kita sedar terdapat sedikit typo dalam mesej tersebut.

Jika mahu padam dan tulis semula, kita berasa malas kerana tiada masa. Oleh itu, di sini kami kongsikan cara bagaimana untuk menyunting (edit) mesej yang telah dihantar di Telegram.

Mudah sahaja, pertama sekali anda perlu mencari mesej yang anda mahu sunting.

Kemudian, klik mesej tersebut dalam beberapa saat dan akan terpapar pilihan 'edit' bagi pengguna iPhone. Sementara bagi pengguna Android akan terpapar ikon pensil pada bahagian atas.



Klik 'edit' atau ikon pensil tersebut. Seterusnya anda boleh terus menukar mesej yang telah dihantar tadi.



Mesej yang telah disunting tadi akan terpapar perkataan 'edited' di bawah kanan mesej menandakan ia telah ditukar daripada mesej asal.



Ini adalah pada aplikasi telegram di telefon pintar. Sekiranya anda mahu menyunting di aplikasi Telegram melalui komputer, ikuti langkah ini pula.

Buka aplikasi Telegram atau menerusi pelayar web di komputer. Pilih mesej yang mahu disunting.

Jika anda menggunakan aplikasi Telegram di komputer, anda hanya perlu klik kanan (right click) pada mesej tersebut. Manakala jika menerusi pelayar web, anda perlu klik sahaja pada mesej.



Kemudian, sama seperti di telefon pintar, mesej yang telah diubah tersebut akan mempunyai perkataan 'edited'.



Menariknya, anda bukan sahaja boleh sunting mesej yang baru sahaja dihantar tetapi juga boleh pada mesej yang telah 'bersarang' lama di ruang perbualan tersebut.

Kini, tidak perlu lagi membuang mesej yang dihantar, sebaliknya edit sahaja lebih mudah.

Itu sahaja perkongsian daripada kami kali ini. Selamat mencuba!

 

Berkaitan