Cara Dapatkan Insentif RM30 Dengan Touch 'n Go eWallet

Bermula 15 Januari ini, kerajaan akan mengedarkan insentif RM 30 melalui pelaksanaan e-Tunai Rakyat. Antara e-dompet yang terlibat dalam pelaksanaan ini adalah Touch 'n Go eWallet, Boost dan GrabPay. Bagi anda yang belum mempunyai aplikasi Touch 'n Go eWallet, di bawah ini kami sediakan cara mudah untuk memasang dan mendapatkan insentif tersebut.

Muat turun aplikasi Touch 'n Go eWallet di Google Play atau App Store.



Tekan "Create Account" pada halaman log masuk. Kemudian masukkan nombor telefon anda dan kod OTP yang dihantar kepada anda. Seterusnya masukkan pin 6 digit dan soalan keselamatan. Akhir sekali, isi maklumat peribadi dan akaun e-dompet anda berjaya didaftar.



Untuk mengesahkan akaun e-dompet pula, klik pada "Verify Account Now" di halaman profil anda. Diikuti dengan ambil gambar kad pengenalan melalui aplikasi tersebut. Langkah seterusnya, ambil gambar swafoto serta tekan "Let's Go" dan akaun anda akan disahkan dalam tempoh 48 jam.



Setelah semua langkah tersebut telah dibuat, anda boleh tebus RM 30 dan ganjaran eksklusif lain mulai 15 Januari 2020.

Sumber: Touch 'n Go eWallet

Berkaitan