Cara-cara sambungan
Perkara pertama yang anda perlu lakukan adalah memuat turun aplikasi Samsung Gear S di App Store secara percuma. Selesai muat turun, sentuh untuk masuk ke dalam aplikasi. Dalam masa yang sama hidupkan jam tangan pintar Samsung Gear dan cari jam tangan pintar itu di dalam aplikasi yang anda muat turun tadi.
Jam tangan anda akan muncul di dalam aplikasi telefon pintar, sentuh dan pastikan nombor yang dipaparkan di kedua-dua skrin jam tangan pintar serta iPhone sepadan sebelum mengesahkan sambungan. Selepas itu terdapat langkah-langkah asas seperti mempersetujui terma dan syarat.
Tidak seperti aplikasi di Android, untuk membolehkan anda menggunakan fungsi membuat serta menerima panggilan anda perlu pergi ke tetapan iPhone dan menyambungkan ia ke Gear S secara manual menerusi bluetooth.
Ok, selesai langkah-langkah diatas anda bolehlah menggunakan Samsung Gear untuk melihat statistik kecergasan serta aktiviti anda. Paparan skrin pertama terbahagi kepada dua bahagian; info dan tetapan. Terdapat sedikit kekurangan jika dibandingkan dengan versi Android dimana tidak terdapat pautan untuk aplikasi pihak ketiga seperti Strava dan Runkeeper.
Mungkin kemaskini akan datang dapat menyelesaikan masalah diatas dan menambah baik fungsi setanding dengan versi Android.
Sumber: Pocket-lint
Berkaitan
- Honor 8X - Apa Yang Best?
- Model Baru iPhone 2017 Dilengkapi Dengan Pengecasan Tanpa Wayar
- PUBG Mobile Bakal Dipertandingkan Di Malaysia, Menawarkan Hadiah RM60,000
- OPPO K1 Sudah Rasmi, Ada Sistem Imbasan Cap Jari Dibawah Skrin
- Buat Pesanan Pizza Semakin Mudah Dengan Aplikasi Baru Dari Pizza Hut
- Redmi Turut Rancang Peranti Dikuasakan Snapdragon 855 Plus Untuk Tahun Ini
- Tulisan Tangan Steve Jobs Bakal Dilelong Dengan Harga Anggaran Sekitar RM250,000
- Xpax Tawar 3 Kali Lebih Kuota Pada Harga Sama Sempena Tahun Baru Cina
- Xiaomi Mi Max Pula Meletup!
- Silap Terjemah, OnePlus Bukan Yang Pertama Guna Snapdragon 855