Cara Buka Whatsapp Lebih Daripada Satu Akaun Pada Chrome

Khusus kepada anda yang mempunyai lebih daripada satu akaun media sosial seperti WhatsApp, Facebook dan lain - lain. Berikut kami kongsikan cara untuk membukanya secara serentak pada PC Menggunakan Chrome.

Pertama sekali, pasang Extension Session Box pada Chrome, boleh sahaja membuat carian pada laman Google.



Setelah siap dipasang, klik pada bucu atas sebelah kanan pelayar, kemudian klik pada ikon "+" untuk membuka Tab khas yang membolehkan anda daftar masuk ke akaun media sosial tanpa perlu untuk log keluar akaun yang sedang anda gunakan.



berikut kami gunakan untuk membuka dua akaun WhatsApp yang berbeza. Ianya juga boleh digunakan untuk akau Facebook dan lain - lain. Tab yang dibuka menggunakan Session Box akan kelihatan satu titik pada bahagian Tabnya untuk membezakan diantara tab biasa dan Session Box.



 

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.

 

Berkaitan