Cara Buat Wallpaper Dengan Imej Timbul Untuk Telefon Pintar Anda

Anda sudah bosan dengan wallpaper sedia ada? Disini ada cara untuk menghasilkan wallpaper dengan imej seakan-akan timbul seperti diatas.

Caranya sangat mudah dan anda boleh ikuti langkah-langkah bergambar seperti dibawah.

1. Pertama sekali screenshot halaman utama dalam telefon pintar anda.



2. Muat turun aplikasi PicsArt dari Google Play Store atau App Store dan buka aplikasi. Masukkan gambar dengan tekan butang '+'.



3. Pilih menu Effects



4. Selepas itu pilih Blur, pilih tahap kabur yang anda suka dan tekan simbol tick diatas kanan.



5. Pada paparan ini, tambah gambar karakter kegemaran anda. Cari gambar yang berformat PNG.

6. Selepas itu suntinglah ikut kreativiti anda, tegak, senget atau melintang. Kemudian tekan tanda tick  pada penjuru atas kanan.

7. Langkah terakhir adalah tekan butang Save untuk simpan gambar dan tetapkanlah ia sebagai wallpaper atau lockscreen peranti anda.

Mudah bukan? Sekarang anda boleh buat sebanyak mana wallpaper mengikut citarasa dan kreativiti anda. Contoh wallpaper boleh dilihat dibawah.

 



*Artikel ini diterbitkan semula dari "Tutorial Macam Mana Nak Buat Wallpaper Timbul Macam ni Buat Pengguna Iphone"

Berkaitan