Cara Buat Pelekat Wajah Anda Sendiri Di WhatsApp

WhatsApp pada hujung Oktober yang lalu telah sedia menawarkan ciri pelekat untuk menceriakan lagi perbualan pengguna mereka.

Pelbagai jenis pelekat ditawarkan dan tidak cukup dengan itu, platform pemesejan pesaing yakni Telegram, turut menyediakan pelekat khusus untuk pengguna WhatsApp.

Namun, jika pelekat-pelekat yang disediakan tidak cukup memuaskan hati anda, anda boleh mencipta pelekat dengan wajah anda, ahli keluarga mahupun kenalan yang lain.

Caranya sangat mudah. Pastikan anda memuat turun dua aplikasi ini; Background Eraser dan Personal Stickers for WhatsApp.

Sudah muat turun? Ikuti langkah mudah berikut.

  • Buka aplikasi Background Eraser dan masukkan gambar yang dikehendaki untuk padam latarbelakang.




  • Setelah siap padam latarbelakang, klik Save untuk simpan gambar tersebut.




  • Sesudah itu, buka pula aplikasi Personal Stickers for WhatsApp dan ia akan mengesan gambar yang anda proses sebentar tadi secara automatik. Sekurang-kurangnya tiga gambar diperlukan ya.




  • Tekan butang Add dan anda kini boleh sertakan pelekat dengan wajah pada perbualan WhatsApp.




 

Senang kan? Ok dah boleh cari gambar-gambar pelik rakan anda dan ceriakan lagi grup WhatsApp yang sunyi itu.

 

Berkaitan