Cara Buat "Casing" Cakera Keras Luaran Sementara

Tips kali ini sesuai untuk anda gunakan dikala kecemasan sekiranya pelindung storan luaran rosak ataupun pecah. Sementara menunggu untuk mendapatkan bekas pelindung yang baru adalah baik sekiranya ia dilindungi bekas sementara.



Caranya sangat mudah, ikuti langkah - langkah berikut.

Pertama sekali Cari kotak kertas terpakai, dengan saiz yang sesuai.



Cuba masukkan Isi storan tersebut dan pastikan masih ada lebihan ruangan.



Seterusnya balut isi storan mudah alih tersebut dengan Span dan masukkan kedalam kotak tersebut. Apapun pastikan ianya dapat dimuatkan dengan ketat dan padat.



Seterusnya buat satu lubang pada kotak tersebut untuk dipadankan dengan sambungan Port USB.



Selesai.



 

Itulah sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.

 

Berkaitan