Cara Berkesan Menyekat Pencuri WIFi

Kes kecurian sambungan WiFi memang sering terjadi, terdapat pelbagai kaedah yang digunakan untuk menggodam kata laluannya.

Berikut kami kongsiakn cara paling mudah untuk menyekat aktiviti si pencuri WiFi.

Pertama sekali pasang aplikasi Block WiFi Freeloader di Google Play Store.



Pastikan peranti Android anda terhubung dengan WiFi. Apabila membuka aplikasinya, akan muncul nama WiFi anda berserta peranti yang menggunakannya. Anda boleh melakukan Rescan untuk menyemak seluruh pengguna yang terhubung dengan talian WiFi tersebut.



Untuk memastikan pengguna yang sah sahaja menggunakan talian tersebut pastikan anda tetapkan status Known untuk peranti yang anda kenal dan Stranger untuk peranti yang tidak dikenali.



Masuk ke Router Manager > Pilih Block untuk menyekat peranti tersebut dari jaringan WiFi anda. Dengan itu peranti itu tidak lagi boleh mengakses ke talian WiFi tersebut.



 

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.