Cara Atasi Masalah "Device Not Compatible" Ketika Muat Turun Di Google PlayStore

Paparan "Device not compatible" kebiasaanya akan muncul apabila telefon pintar dengan spesifikasi (perkakasan atau perisian) tidak menyokong aplikasi yang hendak dimuat turun.

Tetapi ada juga kejadian melibatkan telefon pintar model terkini dimana apabila mahu memuat turun aplikasi dari Google PlayStore, ia menyatakan "Device Not Compatible". Sebagai contoh, tempoh hari kami ingin memuat turun Instagram kedalam Honor Play, tetapi Google Play Store memaparkan ia Device Not Compatible. Hairan bukan?

Difahamkan, masalah itu berhubung kait dengan sistem operasi Android dan menyebabkan masalah muat turun kepada beberapa aplikasi seperti Instagram, Clash of Clan, GetUpside dan beberapa yang lain.

Cara mengatasinya sangat mudah. Pergi ke Tetapan, pilih senarai aplikasi, pilih Google PlayStore.



Dibahagian dalam, tekan Clear Data atau Clear Cache. Seterusnya aktifkan semula aplikasi Google PlayStore.

Kaedah ini akan memadamkan kesemua data berkaitan Google PlayStore termasuk sebarang fail rosak yang menyebabkan permasalahan untuk memuat turun. Perlu diingat, ia tidak akan berjaya jika model anda itu adalah model lama atau sistem operasi yang tidak menyokong aplikasi tersebut.

Berkaitan