Cara Aktifkan Sleep Timer Pada iPhone - Hentikan Lagu Yang Dimainkan Secara Automatik

Mendengar lagu semasa berada di tempat tidur adalah perkara biasa untuk merehatkan diri bagi kebanyakan orang, setelah penat bekerja. Bagi sesetengah daripada kita, ia cara yang membantu kita tidur dengan lebih mudah. Namun, untuk membiarkan lagu tersebut dimainkan sepanjang malam setelah anda tidur bukanlah satu idea yang baik kerana iPhone anda mungkin akan kehabisan bateri.

Oleh itu, anda mungkin memerlukan Sleep Timer di mana ia secara automatik akan menghentikan muzik yang sedang dimainkan pada telefon anda selepas tempoh masa yang ditetapkan. Dengan itu, anda boleh tidur sambil mendengar muzik atau podcast tanpa rasa takut bateri akan kehabisan setelah bangun pada esoknya.

Ikuti langkah-langkah mudah di bawah ini untuk mengaktifkan Sleep Timer pada iPhone anda.



Di skrin utama iPhone, pergi ke Clock.



Seterusnya, pilih Timer dan di bahagian When Timer Ends, pilih Stop Playing dan tekan Set.



Kemudian, tetapkan tempoh masa yang diingini. Setelah itu, tekan Start dan Sleep Timer akan mula diaktifkan. Dengan mengaktifkan Sleep Timer, lagu yang dimainkan akan berhenti secara automatik dalam masa yang ditetapkan.

Berkaitan