Khusus untuk pengguna peranti Samsung terkini sahaja, Tahukah anda bahawa peranti Android tersebut dilengkapi dengan fungsi “Secure Folder” yang mana boleh digunakan untuk menyembunyikan aplikasi dan fail sulit anda. Kepada yang masih belum tahu caranya, berikut kami kongsikan langkah – langkah untuk mengaktifkan Secure Folder.

Sebelum itu pastikan anda mempunyai akaun Samsung terlebih dahulu. Pertama sekali masuk ke menu Biometric and security.

Kemudian masuk ke menu Secure Folder.

IKLAN

Tunggu seketika sehingga proses penyediaan folder tersebut selesai. Kemudian pilih jenis Security yang anda inginkan untuk melindungi Folder tersebut.

IKLAN

Selesai, sekarang anda boleh menggunakan folder tersebut dengan membukanya pada paparan Home peranti.

Anda boleh mengubah tetapan folder tersebut pada ruangan Setting. Nama Folder juga dapat diubah mengikut keperluan masing – masing.

Sekarang anda boleh menyimpan semua aplikasi dan fail sulit kedalam folder tersebut.

 

Itulah sahaja sedikt perkongsin daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.