Cara Aktifkan Colorblind Mode Pada Windows 10 Untuk Pengguna Yang Rabun Warna

Rabun warna terjadi disebabkan beberapa faktor dan kebanyakkannya oleh faktor kengenital iaitu pembawaan genetik dari keturunan.

Sesetengah individu tidak dapat membezakan sebarang warna, ada yang keliru dengan warna hijau dan merah, sementara yang lain pula bermasalah dengan warna kuning serta biru.

Bagi pengguna yang rabun warna, Windows 10 mempunyai ciri Colour Filter yang boleh diaktifkan.

  • Pergi ke ruang carian dipenjuru kiri bawah (simbol Windows) dan taip "color filter".

  • Pilih Color Filter settings

  • Pada tetingkap Color Filters anda boleh aktif atau nyahaktifkan mod ini.




  • Dibawahnya terdapat 3 pilihan yang boleh ditetapkan mengikut keselesaan anda.




Untuk akses pantas ke tetapan ini, jangan lupa untuk tandakan pada ruang seperti dibawah. Selepas ini, tetapan boleh dibuat dengan menekan butang (Windows+ctrl+C).

Berkaitan