Capcom Respon Terhadap Dakwaan Insiden Pencerobohan Data

Pada minggu lalu telah dilaporkan berlakunya insiden serangan ransomware ke syarikat pembangun dan penerbit permainan popular dari Jepun iaitu Capcom.

Selepas 2 minggu insiden tersebut berlaku, Capcom hari ini telah respon menerusi kenyataan media.

Capcom mengesahkan bahawa mereka telah menjadi mangsa kepada serangan ransomware yang direka khas sehingga menyebabkan sebahagian data peribadi telah diceroboh.

"Capcom Co., Ltd. (Capcom) announced that it has been the victim of a customized ransomware attack following unauthorized access to its network and has verified that some personal information maintained by the Capcom Group has been compromised." Capcom.

Capcom menyatakan dipercayai sekitar 350,000 data peribadi pengguna mereka termasuklah data pelanggan, rakan bisnes dan lain-lain terjejas dengan serangan tersebut.

Mereka memperincikan, data peribadi yang terjejas termasuklah nama, alamat, nombor telefon, alamat e-mel, gambar, tarikh lahir dan maklumat jantina.

Oleh itu, Capcom meminta supaya para pelanggan mereka berhati-hati jika mereka ada menerima sebarang pakej menerusi e-mel yang tidak diketahui sumbernya.

Pihak Capcom juag memaklumkan mereka kini sedang menyiasat perkara ini dengan pihak berkuasa dan akan meningkatkan lagi struktur pengurusan keselamatan data mereka.

Mereka juga turut memohon maaf kepada para pelanggan mereka yang terjejas dengan insiden tersebut.