Canon Sumbang Barangan Keperluan Bernilai Lebih RM15,000 Kepada Petugas Barisan Hadapan

Bagi meringankan beban petugas-petugas barisan hadapan yang bertungkus lumus membendung penularan wabak Covid-19, Canon Malaysia tampil memberikan sumbangan barangan keperluan.

Sumbangan ini telah disalurkan kepada beberapa buah hospital, PDRM, dan agensi kerajaan lain dan kesemuanya bernilai lebih dari RM15,000.



Antara barangan yang disediakan adalah pencetak, toner dan katrij kepada Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar, Hospital Sultan Abdul Hali Sungai Petani, Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu dan Majlis Keselamatan Negara.

Selain itu, Canon Malaysia turut membekalkan Polis Diraja Malaysia (Bukit Aman) dengan barangan berupa topeng muka dan pensanitasi tangan. Golongan berpendapatan rendah juga tidak dilupakan dimana sejumlah 45 buah keluarga dari Projek Perumahan Rakyat di kawasan Lembah Pantai menerima sumbangan barangan runcit yang kesemuanya bernilai RM5000.