Canon Perkenal SX740 HS, 40 Kali Zoom Optikal Dan Rakaman 4K

Canon telah mengumumkan sebuah kamera pengganti kepada SX730 HS dan ditambah dengan keupayaan rakaman 4K.

Dikenali sebagai SX740 HS, ia merupakan kamera bersaiz poket pertama dari syarikat Jepun terbabit yang mempunyai ciri 4K.



Dilengkapi dengan lensa 20.3MP, menyokong fungsi zoom optikal 40 kali. Selain itu, ia turut mampu merakam 10 bingkai persaat secara berterusan dengan autofokus yang dikunci.



Skrin LCD dipasang dengan kebolehan berubah kedudukan 180 darjah, memudahkan pengguna untuk merakam selfie.



Lain-lain spesifikasi adalah pop-up flash dan sambungan WiFi serta Bluetooth.



Ditawarkan dengan dua warna, perak dan hitam, CanonPowerShot SX740 HS dijual pada harga $399 (~RM1625.33)