Canon Perkenal EOS M50 Mark II - Kamera Mirrorless 24.1 MP

Canon Malaysia kini mengumumkan barisan terbaharu mereka iaitu Canon EOS M50 Mark II dimana ia model yang dikemas kini daripada model EOS M50.



 

Canon EOS M50 sebelum ini merupakan salah satu model yang laris dalam keluaran Canon kerana harga yang mampu milik.



EOS M50 Mark II dikuasakan dengan pemproses imej yang sama dengan model terdahulu iaitu Digic 8 serta 24.1 MP sensor APS-C dimana kualiti video dan gambar seakan sama.

Antara ciri terbaru yang hadir pada kamera ini adalah autofocus yang dipertingkatkan termasuk memfokus mata dalam video.

Ia juga mempunyai keupayaan kamera web berkualiti tinggi apabila digunakan perisian EOS Webcam. Turut menyokong penstriman secara langsung tanpa wayar di platform YouTube.

Canon juga menyatakan bahawa kamera ini menyokong gambar burst 36 Large (Fine) JPEG dan 10 gambar JPEG+RAW.

Bagi kemampuan merakam video, ia mampu merakam video beresolusi 4K pada kadar 24fps dan tidak boleh dirakam menggunakan resolusi 4K dengan 30fps.

Selain itu, Canon juga mengumumkan Canon Speedlite EL-1. Ia dilengkapi bateri lithium-ion yang boleh dicas semula. Dengan penyejukan aktif yang baru, ia dapat terus menyala sehingga 170 kali.



Speedlite ini turut hadir dengan second-curtain sync kedua tanpa wayar, joystick baharu, LED serta antara muka yang baharu.

Tambahan lagi, ia menyediakan julat kuasa yang diperluas dengan output flash minimum "micro flash" serendah 1/8192.

Kedua-dua produk ini belum diumumkan tanda harga dan tarikh pelancarannya  di Malaysia.