Canon EOS M50 sebelum ini merupakan salah satu model yang laris dalam keluaran Canon kerana harga yang mampu milik.
EOS M50 Mark II dikuasakan dengan pemproses imej yang sama dengan model terdahulu iaitu Digic 8 serta 24.1 MP sensor APS-C dimana kualiti video dan gambar seakan sama.
Antara ciri terbaru yang hadir pada kamera ini adalah autofocus yang dipertingkatkan termasuk memfokus mata dalam video.
Ia juga mempunyai keupayaan kamera web berkualiti tinggi apabila digunakan perisian EOS Webcam. Turut menyokong penstriman secara langsung tanpa wayar di platform YouTube.
Canon juga menyatakan bahawa kamera ini menyokong gambar burst 36 Large (Fine) JPEG dan 10 gambar JPEG+RAW.
Bagi kemampuan merakam video, ia mampu merakam video beresolusi 4K pada kadar 24fps dan tidak boleh dirakam menggunakan resolusi 4K dengan 30fps.
Selain itu, Canon juga mengumumkan Canon Speedlite EL-1. Ia dilengkapi bateri lithium-ion yang boleh dicas semula. Dengan penyejukan aktif yang baru, ia dapat terus menyala sehingga 170 kali.
Speedlite ini turut hadir dengan second-curtain sync kedua tanpa wayar, joystick baharu, LED serta antara muka yang baharu.
Tambahan lagi, ia menyediakan julat kuasa yang diperluas dengan output flash minimum "micro flash" serendah 1/8192.
Kedua-dua produk ini belum diumumkan tanda harga dan tarikh pelancarannya di Malaysia.
Berkaitan
- HUAWEI Ada Tawaran Eksklusif Mulai Hari Ini, Termasuk Rebat Sehingga RM500
- DxOMark: Penilaian Kamera iPhone 12 Pro Akan Dibentangkan Esok
- Penyeludup Ini Ditahan Kerana Cuba Seludup Cip Intel Bernilai Lebih ~RM500 Ribu
- Dah Boleh Pra-Tempah Xperia 5 III Dengan Harga RM4599
- Maybank Secure2u Ganti SMS TAC Bagi Transaksi Lebih RM5000, Ini Cara Untuk Aktifkan
- Kenali Apa Itu Metaverse, Sebuah "Dunia Baharu" Ciptaan Mark Zuckerberg
- Canon Perkenal Projektor Mini Tanpa Wayar, Ditawarkan Pada Harga RM2,199
- DxOMark Kongsi Skor Kamera Huawei P50 Pro, Mi 11 Ultra Tewas Tipis
- Sony Xperia 10 III Turut Diumum, Telefon Lebih Mampu Milik
- Mungkin Dua Telefon Sony Xperia Mark III Dilancarkan Pertengahan Tahun Ini