Canon Melancarkan Barisan Pencetak Siri G Baharu, Harga Bermula RM509

Hari ini Canon Malaysia melancarkan barisan pencetak siri G yang baharu, PIXMA Ink Efficient dimana dakwat yang boleh diisi semula serta memberikan kemudahan mencetak lebih banyak dan mudah diselenggara.



4 model pencetak baharu ini adalah PIXMA G3060, PIXMA G3020, PIXMA G2020 dan PIXMA G1020.

Antara ciri baharu yang ditampilkan adalah 4 tangki dakwat baharu yang memudahkan pengguna untuk mengisi dakwat dan botol dakwat baharu bagi pengisian dengan mudah.



Selain itu, paparan LCD 2 baris untuk akses lebih cepat ke tetapan dan juga keserasian Mac OS bagi pengguna Apple. Ia direka untuk meningkatkan produktiviti pengguna.



Canon siri G kali ini mampu memberikan sehingga 7600 halaman bagi dokumen warna hitam dan 7700 halaman bagi dokumen berwarna.

Ia turut boleh mengubah warna apabila pengguna ingin mencetak dokumen sahaja atau mencetak gambar yang berkualiti tinggi.

Tambahan lagi, dengan tangki dakwat pada bahagian hadapan, pengguna mudah untuk memantau paras dakwat dan isi semula apabila perlu.

Kesemua pencetak ini sudah tersedia buat pasaran tempatan mulai hari ini. Berikut adalah harga yang ditawarkan:

  • PIXMA G3060 - RM799

  • PIXMA G3020 - RM749

  • PIXMA G2020 - RM609

  • PIXMA G1020 - RM509