Canon Malaysia Perkenal PowerShot G5X Mark II Dan G7X Mark III

Walaupun aktiviti merakam foto kini sedikit demi sedikit diambil alih oleh telefon pintar, namun keupayaan sebenar yang memberikan kualiti imej lebih baik masih kekal dipertanggungjawabkan pada kamera digital.

Bagi anda yang sedang mencari sebuah kamera digital bersaiz kompak, Canon Malaysia telah mengumumkan kehadiran dua buah model, PowerShot G5 X Mark II dan PowerShot G7 X Mark III untuk pasaran dalam negara.



Kedua-dua model ini dilengkapkan dengan lensa 20.1MP, sensor CMOS 1 inci, aperture antara f/1.8-f/2.8 dan 5x zoom optikal bagi G5X sementara G7X dengan 4.2x zoom optikal.

Dengan lensa f/1.8- 2.8 bersama jarak fokal 24 - 120mm  yang memberikan 5x zoom optikal, G5 X Mark II bersedia untuk mengendalikan rakaman potret sehingga kepada rakaman jarak dekat makro dengan pembesaran 0.47x.



PowerShot G5 X Mark II dan PowerShot G7 X Mark III dibekallkan dengan cip DIGIC 8 dan kedua-duanya mampu membuat rakaman 4K pada 30fps. Mempunyai sokongan WiFi dan Bluetooth Low Energy (BLE), G5 X Mark II tersedia warna hitam dan dijual pada harga RM3599. Bagi G7 X Mark III  pula, ia ditawarkan dengan pilihan waran hitam dan perak dan boleh dimiliki pada harga RM2999.