Canon EOS 200D II Akan Mula Ditawarkan Pada 28 April Ini Pada Harga RM2999

Menambahbaik penawaran pada pasaran kamera tempatan, Canon Marketing (Malaysia) Sdn Bhd kini telah mengumumkan kehadiran Canon EOS 200D II.

Bakal mula dijual pada 28 April ini, ia merupakan model pengganti kepada EOS 200D yang mana akan tampil dengan tiga pilihan warna, hitam, perak serta putih.



Kamera bersaiz kompak dengan seberat lebih kurang 646g ini dikuasakan dengan pemproses imej DIGIC 8 dan sensor CMOS APS-C 24.1MP. Ia dikatakan mampu membuat rakaman yang lebih terperinci serta kualiti yang optimum.



Canon EOS 200D II mempunyai nilai ISO dari 100 sehingga 25,600 (boleh menjangkau 51,200) membolehkan rakaman pada pelbagai keadaan pencahayaan sementara meminimumkan kadar hingar.

Spesifikasi Canon EOS 200D II

  • Ukuran: 112.4 x 92.6 x 69.8

  • Berat: 654g (hitam/perak), 656g (putih)

  • Sensor imej: 24.1 MP sensor APS-C CMOS

  • Pemproses imej: DIGIC 8

  • Kelajuan ISO: 100 - 25600 (H:51200)

  • Kelajuan rakaman berterusan: Sehingga 5fps (OVF dengan AI Servo AF), 5fps (One-shot AF), 3.5fps (Servo AF)

  • Maksimum kualiti video: 4K 24p/25p

  • AF: 9 AF

  • WiFi dan Bluetooth

  • LCD 3 inci dengan sokongan sentuhan

  • Bateri: LP-E17


Kamera akan sedia dijual bermula pada 28 April ini pada harga RM2999.