Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Cambridge Analytica Terima Akibat Daripada Skandal Privasi Facebook

Cambridge Analytica Terima Akibat Daripada Skandal Privasi Facebook

Diterbitkan Mei 3, 2018 oleh Haikel Areff

Firma rundingan politik yang berpangkalan di United Kingdom, Cambridge Analytica kini berada pada situasi paling membimbangkan dalam sejarah penubuhannya apabila mereka dikatakan hampir bankrup. Perkara ini telah disahkan sendiri oleh pihak mereka kepada akhbar The Wall Street Journal(WSJ) apabila memaklumkan bahawa prosiding insolvensi sudah pun dijalankan ke atas Cambridge Analytica.

Top-Polling GOP Candidates Participate In First Republican Presidential Debate

Firma ini mula menjadi sebutan ramai apabila terbabit dengan skandal penyalahgunaan data pengguna Facebook sejak akhir tahun lepas. Ia bermula apabila pada pemilihan Presiden Amerika Syarikat yang lalu, mereka didakwa telah membantu pihak Donald Trump dalam berkongsi maklumat berkenaan data pengundi di Amerika Syarikat.

Kemuncak kepada skandal ini ialah pada pertengahan Mac yang lalu, akhbar The Guardian telah melaporkan bahawafirma Cambridge Analytica telah mengumpulkan data milik sekitar 50 juta profil Facebook tanpa kebenaran. Dan laporan itu sudah pun diperakui oleh pemilik Facebook sendiri iaitu Mark Zuckerberg. Tidak lama selepas itu, Mark telah mengeluarkan satu kenyataan maaf secara terbuka melalui satu temuramah bersama siaran TV, CNN.

Cambridge Analytica Terima Akibat Daripada Skandal Privasi Facebook

Skandal ini telah menyebabkan keyakinan dan kepercayaan pelanggan serta mereka terpaksa menanggung kos pembayaran denda serta kos pembelaan atas pelbagai tuduhan yang tinggi. Ini mengakibatkan aliran wang masuk kepada mereka semakin berkurangan sehingga mereka hilang kemampuan untuk menanggung segala kos operasi mereka.

Berita mengenai pemfailan bankrup Cambridge Analytica ini telah mengejutkan ramai pihak dan mereka telah menyalahkan pihak media atas masalah yang dihadapi mereka ketika ini. Mereka turut mendakwa apa yang dilakukan mereka bukan sahaja tidak menyalahi undang-undang, malah ia adalah perkara biasa yang dilakukan oleh pihak yang terlibat dengan pemasaran atas talian baik dari segi politik mahu pun komersial.

Sumber

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
  • Aplikasi Mudah Alih MySAHAM MITI Dilancarkan
  • HLB Islamic Naik Taraf Sistem Audio Masjid Jamek Untuk Keselesaan 3,000 Jemaah
  • MRANTI Lancar Lima Mission Labs Di I-Nation 2026, Sasar Projek Rintis Dalam 12 Bulan
  • Universiti China Beli 2 Cip Nvidia H200 Walaupun Berdepan Sekatan AS
  • Pas MyKomuter50 Boleh Diaktifkan Mulai 16 November, Ini Caranya
  • Ini 9 Pengeluar Modul DRAM Pihak Ketiga Terbesar Dunia, Kingston Kuasai 62% Pasaran
  • HONOR Magic9 Pro Max Akan Dilancar Di Malaysia 24 November
©2026 WISER.MY