Call Of Duty WWII Tertiris

Tahun lepas Activision telah mengumumkan Call of Duty: Infinite Warfare, permainan video perang dengan latarbelakang masa hadapan, tetapi kali ini syarikat itu dilihat berpatah balik ke zaman perang dunia ke-2.

Kapsyen: Infinite Warfare


Pelbagai khabar angin bertiup mengenai permainan perang terkenal tersebut dan baru-baru ini Activision telah mengesahkan bahawa siri COD untuk tahun 2017 dihasilkan dengan tema perang dunia ke-2.

cod-wwii-640x385

Pelancaran rasmi dijadualkan berlangsung dua hari lagi (26 April 2017) tetapi beberapa informasi tentang permainan video kegemaran ini sudahpun tersebar di internet.

Kempen permainan video ini berdasarkan
"Kisah lelaki bersaudara berjuang untuk mengekalkan kebebasan dunia yang di ambang kezaliman."

Antara informasi lain yang tertiris adalah;

  • peta lokasi terkenal perang dunia ke-2

  • cara baru untuk berinteraksi dengan rakan dan Call of Duty Community

  • Pembeli yang membuat pra tempah boleh mengambil bahagian dalam private beta


2 hari saja lagi, untuk mengetahui sama ada informasi ini benar atau tidak, sama-sama nantikan laporan di Wiser.my

Sumber: Gamerant