Call of Duty: Black Ops 4 Bakal Dibangunkan Untuk Nintendo Switch

Bagi peminat permainan video perang, Call of Duty dari Activision merupakan salah satu permainan pilihan gamer diserata dunia.

Antara siri terhangat pernah dikeluarkan adalah Call of Duty: Black Ops III yang diperkenalkan pada 2015 lepas.

Ura-ura daripada penganalisis menyatakan bahawa syarikat pembangun permainan video dari Amerika Syarikat itu bakal hadir dengan siri baru iaitu Call of Duty: Black Ops 4 dan penawarannya dipasaran diramalkan pada lewat tahun ini.

COD untuk tahun 2018 itu juga akan dikhabarkan akan hadir untuk konsol seperti PS4, Xbox, komputer dan terbaru adalah pada platform Nintendo Switch.

Difahamkan, versi Switch ini tidak dibangunkan oleh pembangun utama tetapi ia masih mempunyai sokongan DLC, HD Rumble serta kawalan gerakan.

https://twitter.com/Marcus_Sellars/status/959943212378009601