Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
California Akan Haramkan Kenderaan Petrol/Diesel Baharu Bermula Tahun 2035

California Akan Haramkan Kenderaan Petrol/Diesel Baharu Bermula Tahun 2035

Diterbitkan September 24, 2020 oleh Meor Hasyim

Gabenor California, Gavin Newsom hari ini telah mengeluarkan arahan untuk mengharamkan jualan kenderaan bahan bakar seperti petrol dan diesel di negeri tersebut bermula tahun 2035.

Arahan ini dikeluarkan seiring dengan polisi California untuk mengurangkan pengeluaran gas karbon. Seperti diketahui umum, California sebelum ini menghadapi kebakaran hutan melampau sehinggakan langit bertukar menjadi oren.

NEW: We’re facing a climate crisis.

We need bold action.

CA is phasing out the internal combustion engine.⁰
By 2035 every new car sold in CA will be an emission free vehicle.

Cars shouldn’t give our kids asthma.

Make wildfires worse.⁰
Melt glaciers.

Or raise sea levels.

— Gavin Newsom (@GavinNewsom) September 23, 2020

Arahan ini adalah ditujukan untuk kereta baharu sahaja, jadi penduduk California yang sudah sedia memiliki kenderaan petrol/diesel, mereka tidak tertakluk di bawah arahan ini.

California merupakan negeri pertama di Amerika Syarikat yang bertindak untuk mengharamkan kenderaan sebegini.

Negara-negara lain di seluruh dunia pun sudah mula merancang untuk mengharamkan kenderaan tradisional ini.

Antara negara yang terlibat adalah Norway pada tahun 2025, manakala Perancis dan United Kingdom pula pada tahun 2040 dan 2050.

Melalui: The New York Times

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY