Caj RM0.50 Untuk Pemindahan Wang Segera Perbankan Dalam Talian Ditamatkan

Pada bulan Disember yang lalu, Bank Negara Malaysia ada membuat pengumuman menyatakan bahawa caj bagi pemindahan wang segera sebanyak RM0.50 akan dihentikan.

Bermula 1 Julai yang lalu, pindahan wang segera atau Instant Transfer berjumlah RM5000 dan kebawah tidak akan dikenakan sebarang caj.

Beberapa buah bank telahpun menamatkan caj berkenaan lebih awal lagi seperti contoh CIMB Bank yang melaksanakannya sejak hujung April yang lepas.

Penamatan caj pemindahan wang segera ini melibatkan pemegang akaun individu dan juga perusahaan sederhana kecil.

Dengan langkah yang diambil ini, ia dilihat bakal menggalakkan lagi pengunaan perbankan atas talian dalam kalangan rakyat Malaysia.

Sumber: The Star Online