Cadangan Beri Kuasa Kepada SKMM Untuk Padam Kandungan Media Sosial Masih Dalam Pertimbangan

Bagi menyekat penularan fitnah, berita palsu dan kandungan berbaur perkauman, pada awal Mac yang lalu kerajaan diberitakan sedang mengkaji untuk memberikan kuasa kepada SKMM bagi memadam kandungan sedemikian.

Mengutip laporan dari Bernama beberapa hari yang lalu, difahamkan cadanngan tersebut masih lagi dalam pertimbangan.

Mengungkap kata-kata YB Gobind Singh Deo dari laporan tersebut, cadangan itu bukanlah bertujuan menyekat kebebasan bersuara tetapi bagi mengekalkan kesopanan dan menghindari pandangan berbaur hasutan serta sensitif yang boleh mengancam perpaduan rakyat.

Beliau juga menyatakan pihaknya akan berbincang dengan pihak berkepentingan dalam mencari kaedah sesuai menangani masalah tersebut. Turut dinyatakan, Majlis Media Malaysia diharap dapat ditubuhkan pada bulan April ini.

Sumber: Bernama

Sumber foto utama: Counterview