Berdasarkan imej yang diperolehi oleh 91Mobiles, model didakwa sebagai Pixel 4XL itu telah menjalankan sebuah aplikasi yang menunjukkan ia akan tampil dengan skrin paparan 6.23 inci serta resolusi 1440 x 3040. Ia sedikit kecil jika dibandingkan dengan keluaran lalu, Pixel 3 XL yang mempunyai paparan 6.3 inci 1440 x 2960.
Bagi cip pula, aplikasi tersebut menyenaraikan Snapdragon 855 dan bukannya Snapdragon 855 Plus seperti yang diharap-harapkan segelintir peminat. Namun ia bukanlah masalah besar kerana umum mengetahui keupayaan yang mampu ditawarkan cip dari Qualcomm itu.
Pendedahan lain yang sudah sedia tersebar sebelum ini pula memperlihatkan rupa bentuk sebenar Pixel 4 XL dengan dua warna iaitu hitam serta putih.
Antara spesifikasi lain yang turut dikaitkan dengan model ini ialah paparan 90Hz, RAM 6GB disamping memori simpanan 64GB. Janaan kuasa peranti diramal disalurkann dari bateri 2800mAh sementara model XL dengan bateri 3700mAh.
Sumber: Android Authority dan Android Central
Berkaitan
- Xiaomi Blackshark Dengan Snapdragon 845 Dan RAM 8GB Kelihatan Di Antutu
- Siri Huawei P40 Terima Anugerah Telefon Pintar Dengan Foto Terbaik Dari TIPA
- TM Tawarkan Unifi Basic Untuk Semua, Tidak Lagi Terhad Kepada Golongan Berpendapatan RM4500 Kebawah
- Pixel 4a Mungkin Tiada Versi XL
- Satu Lagi Pembangun Aplikasi Dari China Disekat Google, Langgar Polisi Pengiklanan
- Google Data GIF Maker - Paparkan Data Dengan Cara Yang Lebih Kreatif
- Mi Mix 4 Mungkin Mempunyai Ciri Paparan 90Hz Dan Pengecasan 40W
- Harga OPPO A5s Diturunkan, Kini Dijual Pada Harga RM499
- Google Sedang Mencari Jalan Memperbaiki Kamera Pixel
- Google Bangunkan Fast Share, Ibarat AirDrop Untuk Android