Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Bulan Berada Paling Hampir Dengan Bumi Minggu Hadapan, Kelihatan 7% Lebih Besar Dari Biasa

Bulan Berada Paling Hampir Dengan Bumi Minggu Hadapan, Kelihatan 7% Lebih Besar Dari Biasa

Diterbitkan Julai 8, 2022 · Dikemas kini Julai 8, 2022 oleh ariff bukhari

Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) memaklumkan pada 13 Julai 2022, hari Rabu jam 5:09 petang (waktu Malaysia), Bulan akan berada pada kedudukan yang paling hampir dengan Bumi (perigee) bagi tahun 2022 ini iaitu sehampir 357,263 km dari Bumi.

Pada waktu itu, Bulan Penuh boleh kelihatan sehingga 7% lebih besar daripada Bulan Penuh biasa dan kelihatan 14% lebih besar dan 30% lebih cerah daripada ‘Micromoon’.

Ketika berada paling hampir dengan Bumi, Bulan juga akan dikenali sebagai “Supermoon, Super Full Moon atau Super New Moon”.

Super full moon

MYSA menjelaskan, Bulan beredar mengelilingi Bumi dalam orbit berbentuk elips dengan purata nilai keeksentrikan 0.0549 (ukuran pemanjangan sesebuah elips).

Oleh itu, purata jarak Bulan dari Bumi (pusat-ke-pusat) adalah berbeza-beza pada setiap masa dengan jarak purata paling dekat (disebut sebagai perigee) adalah 363,396km dan jarak purata paling jauh (disebut sebagai apogee) adalah 405,504km.

Sumber: MYSA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lockdown Mode iPhone: Apa Fungsinya Dan Siapa Yang Patut Guna
  • NACSA Pantau Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan, Tegaskan Keadaan Terkawal
  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
©2026 WISER.MY