"Bukan Kerja Kami Membuang Kandungan Yang Didakwa Palsu Oleh Ahli Politik" - Facebook

Facebook hanya bertindak terhadap kandungan yang melanggar polisi dan mengelirukan penggunanya.


Laman sosial Facebook berdepan dengan kontroversi di Australia apabila pihak parti politik Buruh mendakwa tuduhan yang disebarkan di laman sosial Facebook berkaitan cukai kematian bakal dilaksanakan semula adalah palsu.

Sebaran maklumat palsu berkenaan perkara itu dibuat ketika kempen pilihanraya yang sedang berlangsung dalam bulan Mei lalu. Parti buruh menyatakan bahawa maklumat yang mengelirukan itu boleh menyebabkan kekalahan parti itu dalam pilihan raya tersebut.

Selepas lebih sebulan pilihan raya Australia 2019 berakhir, Naib Presiden Facebook Asia Pasifik, Simon Milner dilaporkan telah respon dengan menulis surat kepada Parti Buruh Australia.

Beliau berkata, "bukan peranan mereka untuk membuang kandungan yang didakwa palsu oleh mana-mana pihak parti politik".

Mengulas lanjut berkenaan kandungan surat itu, pihak jurucakap Facebook berkata,

"Our approach to fighting misinformation on Facebook is focused on removing content and accounts that violate our policies, reducing the distribution of misleading content, and informing people when they do come across misleading content."

Facebook menambah,

"We do not have a policy that prohibits alleged falsehoods, apart from in situations where this content has the potential to contribute to imminent violence or physical harm, and we have a responsibility to consider any government request to remove content carefully and thoughtfully. We work hard to find the right balance between encouraging free expression and promoting a safe and authentic community, and we believe that reducing the distribution of inauthentic content strikes that balance."

Untuk makluman, cukai kematian telah dihapuskan oleh kerajaan Australia sejak 1970 lagi.

Sumber: The Guardian