Buka Mata Dan Terima E-Sukan Sebagai Satu Karier Yang Serius

E-sukan atau sukan elektronik ini adalah sebuah pertandingan yang kini mendapat perhatian dunia apabila menerima sejumlah peserta dan penonton yang ramai. Sebuah pertandingan yang menggunakan permainan video yang secara umumnya sudah meluas dianjurkan oleh badan profesional seluruh dunia.

Sukan elektronik ini sebenarnya telah mendapat tempat di hati ramai rakyat Malaysia, lebih-lebih lagi sokongan dari pelbagai termasuk pihak kerajaan mahupun swasta. Pada tahun yang mendatang, dijangka akan dilaksanakan pelbagai pelan bagi membawa nama e-sukan Malaysia ke persada dunia.

Malaysia sememangnya perlu mencari jalan agar dapat memanfaatkan e-sukan demi meningkatkan mutu pemain-pemain profesional di negara ini. Kini, ramai pemain di peringkat antarabangsa telah menjadikan ia sebagai satu kerjaya yang serius, ia secara tidak langsungnya mampu menjana kewangan lumayan kepada mereka yang terlibat.



Selain itu, e-sukan juga dilihat baik bagi pembangunan ilmu pengetahuan, teknologi serta kemahiran para pemain. Nilai kemahiran berkomunikasi secara berkumpulan dan perancangan strategi boleh diambil kira dalam melahirkan golongan belia yang aktif.

Pada tahun 2020, e-sukan dijangka menjadi salah sebuah acara yang akan dipertandingkan pada Sukan Asia. Mendapat perhatian dari komuniti yang luas berserta sokongan yang tidak berbelah bahagi ini menjadikan e-sukan sebagai sebuah industri yang bukan sahaja tertumpu kepada pembangunan permainan video malah menambah sumber ekonomi kepada individu yang meminati bidang ini juga.

Oleh itu, dengan harapan yang lebih besar kali ini berharap agar lebih banyak kejohanan akan dianjurkan sekali gus membuka mata ramai pihak untuk memberikan lebih banyak peluang kepada golongan anak muda untuk berdaya saing dengan lebih kompetitif. Persepsi permainan video dan mudah alih melalaikan mungkin perlu diubah kerana kita sememangnya kearah itu tetapi dalam masa yang sama perlu menjaga perkara-perkara yang boleh merosakkan arena e-sukan ini supaya ia boleh berkembang dengan jayanya.

 

 

 

Berkaitan